Monday 26 November 2012

Petikan 1 - Wushu


Petikan  1       Wushu

Baca dan fahami.

Kepulangan  Wira  Negara  Disambut  Meriah

Tahniah kepada pasukan wushu negara.  Itulah kata-kata yang wajar diucapkan kepada pasukan wushu negara yang baru pulang petang tadi.  Sambutan bagi menyambut wira negara ini diberikan kepada mereka setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi.
      Kejayaan merangkul tujuh pingat emas dalam Kejohanan Wushu Dunia ke-4 di China, tiga hari lalu, di luar jangkaan.  Sasaran awal untuk mendapatkan tiga pingat emas pada kejohanan kali ini sudah melebihi jangkaan.  Yang lebih membanggakan kesemua empat acara yang disertai telah menyumbang pingat emas kepada negara.  Acara-acara itu ialah Quan Shu tradisional, acara Qiang Shu, beregu dan berpasukan.
      Sewaktu mengulas kejayaan pasukan Negara ini, Menteri Belia dan Sukan turut menyatakan rasa bangga atas kejayaan yang dicapai.  Beliau mengharapkan kejayaan ini dapat dijadikan perangsang dan semangat “Malaysia Boleh” di kalangan pasukan sukan yang lain.
Aktiviti   1

      1        Berapakah jumlah pingat yang dimenangi dalam Kejohanan Wushu Dunia ke-4?

 
      2       Bagaimanakah cara-cara menarik minat orang ramai mempelajari wushu?

     3       Jelaskan makna perkataan yang dicetak berwarna mengikut konteks.
              a.   wajar =
              b.   wira  =
              c.   merangkul  =
              d.   jangkaan  =
              e.   mengulas  =
                    

3 comments:

  1. Maklumat cikgu memanfaatkan saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Wynn vs. Resorts Casino - DrMCD
    Both 춘천 출장마사지 Wynn 양주 출장샵 and Resorts 오산 출장마사지 Casino – Address. 3650 남원 출장마사지 S. 광명 출장마사지 Las Vegas Blvd. South. Las Vegas, NV 89109. (702) 703-6000.

    ReplyDelete