SEJARAH WUSHU
Wushu merupakan salah satu komponen penting di dalam
warisan kebudayaan Tionghua yang telah mempunyai sejarah ribuan tahun. Wushu
atau yang seringkali juga disebut Kungfu adalah seni bela diri yang berasal
dari Tiongkok kuno, dan tersebar ke seluruh penjuru dunia melalui seorang
Tionghua bernama Hua Ren yang pergi merantau.
Sejarah munculnya Wushu sendiri sudah
tidak biasa ditelusuri lagi, kerana usianya yang sudah ribuan tahun. Mungkin
sama tuanya dengan sejarah Tiongkok yang sering terjadi banyak peperangan. Di
saat itu seni untuk berperang dan mempertahankan diri sudah dikenal, namun
dalam bentuk yang masih sederhana. Mungkin dari sinilah asal usul seni bela diri
yang disebut Wushu itu muncul.
Perkataan Wushu berasal dari dua kata iaitu “Wu” dan
“Shu”. Erti dari kata “Wu” adalah ilmu perang, sedangkan erti kata “Shu” adalah
seni. Wushu biasa juga diertikan sebagai
seni untuk berperang atau seni bela diri (Martial Art). Di dalam wushu, kita
juga mempelajari seni, olahraga, kesihatan, bela diri dan mental.
Mempelajari Wushu tidak hanya
terbatas pada hal-hal yang berhubungan dengan gerakan fizikal dan kekerasan
saja, tetapi juga melibatkan fikiran. Mempelajari Wushu bererti kita juga
belajar mengolah pernafasan, memahami anatomi tubuh kita, dan juga mempelajari
ramuan atau ubat-ubatan untuk memperkuatkan tubuh mahupun untuk pengubatan.
Selain itu, berlatih Wushu juga akan
melatih kita untuk lebih disiplin, cerdas, berwaspada, yakin diri, berjiwa
kesatria, persaudaraan dan sebagainya.
maklumat yang jelas dan memanfaatkan pelajar, terima kasih.
ReplyDeleteNota yang jelas dan depat, sangat memanfaatkan.
ReplyDeleteMaklumat yang jelas dan berguna.
ReplyDelete