Sunday 2 December 2012

Petikan 3 - Silambam


Petikan  3  -   Silambam

Baca dan nyatakan fakta.

Silambam
Silambam ialah seni mempertahankan diri masyarakat India.  Seni ini dikatakan berasal dari negara India.   Walaupun tidak diketahui orang yang mula-mula membawanya ke negara ini, silambam tetap menjadi warisan seni dan budaya masyarakat India.
          Silambam mementingkan kelincahan menggerakkan anggota badan.  Pergerakan ini dibuat sama ada dengan menggunakan senjata atau tanpa menggunakan senjata.  Senjata yang biasa digunakan dalam silambam adalah seperti tongkat kayu, pedang, tombak, dan sebagainya.
          Anggota silambam diajar kemahiran dan teknik menggunakan senjata.  Kemahiran ini digunakan untuk mempertahankan diri dan menguasai lawan.  Seseorang yang benar-benar mahir dalam seni ini boleh memusingkan senjata dengan lincah tanpa jatuh.
          Silambam adalah baik untuk menjaga kesihatan badan.  Silambam dapat mengelakkan pengamalnya daripada serangan penyakit seperti sakit perut, masalah buang air besar, penyakit angin, selesema, paru-paru, dan sebagainya. Silambam juga dipercayai boleh membantu menaikkan selera makan.


 Aktiviti  3

1              Silambam berasal dari mana ?

2             Apakah faedah mempelajari silambam?

     3             Kenal pasti maklumat dan susun mengikut perenggan.

Perenggan
Maklumat
Perenggan 1
Silambam ialah seni mempertahankan diri masyarakat India.
Perenggan 2
Perenggan 3
Perenggan 4


4             Pada pendapat kamu, perlukah setiap orang mempelajari senimempertahankan diri ?  Mengapa ?