Petikan 3
- Silambam
Baca dan
nyatakan fakta.
Silambam
Silambam ialah
seni mempertahankan diri masyarakat India.
Seni ini dikatakan berasal dari negara India. Walaupun tidak diketahui orang yang
mula-mula membawanya ke negara ini, silambam tetap menjadi warisan seni dan
budaya masyarakat India.
Silambam mementingkan kelincahan
menggerakkan anggota badan. Pergerakan
ini dibuat sama ada dengan menggunakan senjata atau tanpa menggunakan
senjata. Senjata yang biasa digunakan
dalam silambam adalah seperti tongkat kayu, pedang, tombak, dan sebagainya.
Anggota
silambam diajar kemahiran dan teknik menggunakan senjata. Kemahiran ini digunakan untuk
mempertahankan diri dan menguasai lawan.
Seseorang yang benar-benar mahir dalam seni ini boleh memusingkan
senjata dengan lincah tanpa jatuh.
Silambam adalah baik untuk menjaga
kesihatan badan. Silambam dapat mengelakkan pengamalnya daripada serangan penyakit seperti sakit perut, masalah buang air
besar, penyakit angin, selesema, paru-paru, dan sebagainya. Silambam juga
dipercayai boleh membantu menaikkan selera makan.
|
Aktiviti
3
1
Silambam berasal dari mana ?
2
Apakah faedah mempelajari silambam?
3 Kenal pasti maklumat dan susun mengikut perenggan.
Perenggan
|
Maklumat
|
Perenggan
1
|
Silambam ialah seni mempertahankan diri masyarakat India.
|
Perenggan
2
|
|
Perenggan
3
|
|
Perenggan
4
|
4
Pada pendapat kamu, perlukah setiap orang
mempelajari senimempertahankan diri ? Mengapa
?
Cikgu Cecillia, latihan ini amat bermakna dan berguna.
ReplyDeleteTerima kasih atas komen yang diberi.
ReplyDeletelatihan yang amat berguna.
ReplyDelete