LATIHAN





Petikan 1  -  Wushu


Baca dan fahami.


Kepulangan Wira Negara Disambut Meriah

      Tahniah kepada pasukan wushu negara. Itulah kata-kata yang   wajar diucapkan kepada pasukan wushu negara yang baru pulang petang tadi. Sambutan bagi menyambut wira negara ini diberikan kepada mereka setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi.
              Kejayaan merangkul tujuh pingat emas dalam Kejohanan Wushu Dunia ke-4 di China, tiga hari lalu, di luar jangkaan. Sasaran awal untuk mendapatkan tiga pingat emas pada kejohanan kali ini sudah melebihi jangkaan. Yang lebih membanggakan kesemua empat acara yang disertai telah menyumbang pingat emas kepada negara. Acara-acara itu ialah Quan Shu tradisional, acara Qiang Shu, beregu dan berpasukan.
               Sewaktumengulas kejayaan pasukan Negara ini, Menteri Belia dan Sukan turut menyatakan rasa bangga atas kejayaan yang dicapai. Beliau mengharapkan kejayaan ini dapat dijadikan perangsang dan semangat “Malaysia Boleh” di kalangan pasukan sukan yang lain.
Aktiviti 1

1  Berapakah jumlah pingat yang dimenangi dalam Kejohanan Wushu Dunia ke-4?

2 Bagaimanakah cara-cara menarik minat orang ramai mempelajari wushu?

3 Jelaskan makna perkataan yang dicetak berwarna mengikut konteks.
    a. wajar =
    b. wira =
    c. merangkul =
    d. jangkaan =
    e. mengulas =



Petikan 2     Seni Pertahanan Diri


Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.




      Kaum utama di negara kita mempelajari seni pertahanan diri sejak dahulu lagi.  Antara yang terkenal hingga kini ialah silat, wushu, dan silambam.  Karate dan tae kwon do pula berasal dari Jepun dan Korea. 

             
                 Silat merupakan warisan budaya kaum Melayu.  Silat terbahagi kepada dua jenis:  silat tradisional dan silat olahraga.  Antara senjata yang digunakan dalam seni silat ialah keris, tombak, tongkat, tekpi, pedang, dan parang.

                Wushu ialah seni pertahanan diri masyarakat Cina.  Seni ini memang berasal dari negara China.  Wusyu mempunyai lima gaya persilatan.  Gaya-gaya tersebut ialah Changquan (tinju utara), Nanquan (tinju selatan), Daoshu (seni parang), Jiangshu (seni pedang), dan Qiangshu (seni tombak).

               Silambam pula dibawa ke Negara ini dari India oleh kaum India.  Silambam bermaksud pertempuran dengan menggunakan tongkat.  Namun begitu, mereka juga diajar menggunakan pednang, kayu, serta tombak.

                Sebenarnya, seni pertahanan diri ini memerlukan pergerakan yang tangkas.  Seni ini dipelajari untuk kesihatan selain untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh.


Aktiviti  2


1             Seni pertahanan diri berikut milik asal kaum utam Negara kita, Kecuali

A      Taewondo                  B      Silambam

C      Wusyu                        D      Silat


2            Dari manakah seni pertahanan diri Wusyu berasal ?

A      Korea                        B      Jepun

C      China                         D      India


3            Senjata dalam silat Melayu berbeza sedikit kerana menggunakan _______________ .

A      tongkat                     B      tombak

C      parang                       D     keris

       

4            Antara penyataan berikut yang manakah  benar ?

A      Daoshu – seni parang        B     Jiangshu – seni tombak
               C      Nanquan – tinju utara       D     Changquan – tinju selatan


5            Frasa  tangkas  dalam petikan bermaksud ____________.

A      lekas                         B      pantas
                  C      berkesan                   D      sempurna



Petikan  3  -   Silambam




Baca dan nyatakan fakta.

                            Silambam
     Silambam ialah seni mempertahankan diri masyarakat India.  Seni ini dikatakan berasal dari negara India.   Walaupun tidak diketahui orang yang mula-mula membawanya ke negara ini, silambam tetap menjadi warisan seni dan budaya masyarakat India.
                Silambam mementingkan kelincahan menggerakkan anggota badan.  Pergerakan ini dibuat sama ada dengan menggunakan senjata atau tanpa menggunakan senjata.  Senjata yang biasa digunakan dalam silambam adalah seperti tongkat kayu, pedang, tombak, dan sebagainya.
               Anggota silambam diajar kemahiran dan teknik menggunakan senjata.  Kemahiran ini digunakan untuk mempertahankan diri dan menguasai lawan.  Seseorang yang benar-benar mahir dalam seni ini boleh memusingkan senjata dengan lincah tanpa jatuh.
               Silambam adalah baik untuk menjaga kesihatan badan.  Silambam dapat mengelakkan pengamalnya daripada serangan penyakit seperti sakit perut, masalah buang air besar, penyakit angin, selesema, paru-paru, dan sebagainya. Silambam juga dipercayai boleh membantu menaikkan selera makan.



      Aktiviti  3

  1              Silambam berasal dari mana ?

  2             Apakah faedah mempelajari silambam?
    3             Kenal pasti maklumat dan susun mengikut perenggan.

     Perenggan           
      Maklumat
     Perenggan 1    
       Silambam ialah seni mempertahankan diri masyarakat India.
     Perenggan 2
     Perenggan 3
     Perenggan 4
  4            Pada pendapat kamu, perlukah setiap orang mempelajar seni mempertahankan diri ?  Mengapa ?


Aktiviti    4


Namakan  jenis  seni  mempertahankan diri  berpandukan  gambar :


(  Silat  /   Taekwando  /    Karate  /   Wushu  /   Silambam  )



 1.   



             ____________________________  


2.


                                                     ___________________________


3.    

          _______________________________

4.    

_______________________________


5.

   ____________________________







3 comments:

  1. Anak saya suka menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh cikgu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen yang diberi.







    ReplyDelete
  3. terima kasih cikgu :)
    anak buah saya suka soalan dalam blog ini :)

    ReplyDelete