Thursday 6 December 2012

Perbendaharaan Kata 1

Bil
Perbendaharaan Kata
Definisi / contoh ayat
1
Mempertahankan
membela, menjaga supaya tidak diserang

Anggota tentera bertanggungjawab mempertahankan negara daripada serangan musuh.

2
meriah
riang gembira, suka ria

Rakyat menyambut kepulangan pemain badminton negara dengan meriah.

3
wajar
munasabah, seharusnya, semestinya, sepatutnya

Perompak itu wajar menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

4
wira
lelaki, pahlawan

Wira negara disanjung tinggi oleh seluruh rakyat Malaysia.

5
merangkul
memenangi, menggondol

Pemain badminton negara berjaya merangkul beberapa pingat emas dalam kejohanan itu.

6
jangkaan
apa-apa yang dijangka, dugaan, sangkaan

Keputusannya untuk meninggalkan tempat ini memang di luar jangkaan kami.

7
membanggakan
memegahkan,  berbangga kerana

Kejayaan abang menamatkan pelajaran di Universiti Stamford memang membanggakan kami.

8
menyumbang
memberikan bantuan, sorok, dan lain-lain

Jutawan itu tidak kedekut langsung, dia banyak menyumbang kepada kebajikan.

9
beregu
Berpasangan (dalam satu pasukan)

Pasangan beregu badminton negara telah berjaya menjadi johan.

10
mengulas
Memberi  komentar, mengupas, memberi  tafsiran

Profesor Kang diajak untuk mengulas perkembangan ekonomi dunia kami.