Friday 14 December 2012

Sejarah Seni Silat


SEJARAH  SENI  SILAT

Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud sistem bela diri di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi. Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera.

Di Sumatera, sistem bela diri ini diperhalusi lagi dan dikenal sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya(abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit(abad ke-13 hingga abad ke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.

Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah(Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa(Majapahit).

Thursday 13 December 2012

Sejarah Wushu


SEJARAH  WUSHU
Wushu merupakan salah satu komponen penting di dalam warisan kebudayaan Tionghua yang telah mempunyai sejarah ribuan tahun. Wushu atau yang seringkali juga disebut Kungfu adalah seni bela diri yang berasal dari Tiongkok kuno, dan tersebar ke seluruh penjuru dunia melalui seorang Tionghua bernama Hua Ren yang pergi merantau.
Sejarah munculnya Wushu sendiri sudah tidak biasa ditelusuri lagi, kerana usianya yang sudah ribuan tahun. Mungkin sama tuanya dengan sejarah Tiongkok yang sering terjadi banyak peperangan. Di saat itu seni untuk berperang dan mempertahankan diri sudah dikenal, namun dalam bentuk yang masih sederhana. Mungkin dari sinilah asal usul seni bela diri yang disebut Wushu itu muncul.
Perkataan  Wushu berasal dari dua kata iaitu “Wu” dan “Shu”. Erti dari kata “Wu” adalah ilmu perang, sedangkan erti kata “Shu” adalah seni.  Wushu biasa juga diertikan sebagai seni untuk berperang atau seni bela diri (Martial Art). Di dalam wushu, kita juga mempelajari seni, olahraga, kesihatan, bela diri dan mental.
Mempelajari Wushu tidak hanya terbatas pada hal-hal yang berhubungan dengan gerakan fizikal dan kekerasan saja, tetapi juga melibatkan fikiran. Mempelajari Wushu bererti kita juga belajar mengolah pernafasan, memahami anatomi tubuh kita, dan juga mempelajari ramuan atau ubat-ubatan untuk memperkuatkan tubuh mahupun untuk pengubatan.
Selain itu, berlatih Wushu juga akan melatih kita untuk lebih disiplin, cerdas, berwaspada, yakin diri, berjiwa kesatria, persaudaraan dan  sebagainya.

Monday 10 December 2012

Lagu Gendang Silat Kedah

Aktiviti


AKTIVITI-AKTIVITI  DI  SEKOLAH  SAYA


SJK  CHUNG  HUA  BATU  10



Penggunaan ICT dalam pengajaran-pembelajaran.



Program Nilam sedang berlangsung.











Aktiviti ko-kurikulum juga dititiberatkan.

Guru-guru sekolah haruslah mengikut Latihan Dalam Perkhidmatan dari masa ke semasa .

Perbendaharaan Kata 2

Bil
Perbendaharaan Kata
Definisi / contoh ayat

1
Perangsang
Sesuatu yang digunakan untuk menimbulkan rangsang

Keputusan UPSR kakak yang cemerlang menjadi perangsang
kepada saya.

2
semangat
Jiwa, perasaan hati

Walaupun mereka banyak menghadapi halangan, tetapi semangat mereka tidak lemah.

3
simulasi
Perbuatan atau latihan yang menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat tetapi mirip kepada (atau hampir sama dengan) yang sebenarnya

Pelatih itu sedang membuat latihan penerbangan menggunakan alat simulasi.

4
jurulatih
Orang yang melatih (memberi  tunjuk ajar) supaya mahir dalam sesuatu bidang (sukan dan lain-lain),instruktur, pengajar

Jurulatih pasukan bola keranjang sekolah saya ialah bekas pemain pasukan negara.

5
Pembatalan
Pemansuhan, penghapusan

Kami tidak menerima sebarang pemberitahuan tentang pembatalan latihan hari ini .

6
warisan
Harta, pusaka, harta peninggalan

Adat resam merupakan warisan bangsa yang perlu dipelihara.

7
budaya
Kemajuan, peradaban (akal budi) manusia, tamadun

Kerajaan berusaha memupuk budaya membaca dalam kalangan remaja.

8
ancaman
Ugutan; gertakan

Dia terpaksa tunduk kepada ancaman peceroboh itu demi melindungi nyawa isteri dan anaknya.

9
mental
Yang berkaitan dengan akal, pemikiran atau proses intelektual

Rancangan televisyen yang berunsur ganas dapat mempengaruhi kanak-kanak dari segi mental.

10
fizikal
Berkenaan dengan badan; jasmani

Bersenam membantu kita mengekalkan kesihatan badan terutamanya dari segi fizikal.

Friday 7 December 2012

Aktiviti 4


Aktiviti    4

Namakan  jenis  seni  mempertahankan diri  berpandukan  gambar :


(  Silat  /   Taekwando  /    Karate  /   Wushu  /   Silambam  )



 1.   



             ____________________________  


2.


                                                     ___________________________
 

3.    

          _______________________________

4.    

_______________________________


5.

   ____________________________