Bil
|
Perbendaharaan
Kata
|
Definisi / contoh ayat
|
1
|
Perangsang
|
Sesuatu yang digunakan untuk menimbulkan rangsang
Keputusan UPSR
kakak yang cemerlang menjadi perangsang
kepada saya.
|
2
|
semangat
|
Jiwa, perasaan
hati
Walaupun mereka
banyak menghadapi halangan, tetapi semangat mereka tidak lemah.
|
3
|
simulasi
|
Perbuatan atau
latihan yang menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat tetapi mirip
kepada (atau hampir sama dengan) yang sebenarnya
Pelatih itu
sedang membuat latihan penerbangan menggunakan alat simulasi.
|
4
|
jurulatih
|
Orang yang
melatih (memberi tunjuk ajar) supaya
mahir dalam sesuatu bidang (sukan dan lain-lain),instruktur, pengajar
Jurulatih pasukan
bola keranjang sekolah saya ialah bekas pemain pasukan negara.
|
5
|
Pembatalan
|
Pemansuhan,
penghapusan
Kami tidak
menerima sebarang pemberitahuan tentang pembatalan latihan hari ini .
|
6
|
warisan
|
Harta, pusaka,
harta peninggalan
Adat resam
merupakan warisan bangsa yang perlu dipelihara.
|
7
|
budaya
|
Kemajuan,
peradaban (akal budi) manusia, tamadun
Kerajaan
berusaha memupuk budaya membaca dalam kalangan remaja.
|
8
|
ancaman
|
Ugutan;
gertakan
Dia terpaksa
tunduk kepada ancaman peceroboh
itu demi melindungi nyawa isteri dan anaknya.
|
9
|
mental
|
Yang berkaitan dengan akal, pemikiran atau proses intelektual
Rancangan televisyen yang berunsur ganas dapat mempengaruhi
kanak-kanak dari segi mental.
|
10
|
fizikal
|
Berkenaan dengan badan; jasmani
Bersenam membantu kita mengekalkan kesihatan badan terutamanya dari
segi fizikal.
|
Showing posts with label Perbendaharaan Kata. Show all posts
Showing posts with label Perbendaharaan Kata. Show all posts
Monday, 10 December 2012
Perbendaharaan Kata 2
Thursday, 6 December 2012
Perbendaharaan Kata 1
Bil
|
Perbendaharaan Kata
|
Definisi / contoh ayat
|
1
|
Mempertahankan
|
membela, menjaga
supaya tidak diserang
Anggota tentera bertanggungjawab mempertahankan
negara daripada serangan musuh.
|
2
|
meriah
|
riang gembira, suka ria
Rakyat menyambut kepulangan
pemain badminton negara dengan meriah.
|
3
|
wajar
|
munasabah, seharusnya,
semestinya, sepatutnya
Perompak itu wajar
menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.
|
4
|
wira
|
lelaki, pahlawan
Wira negara disanjung tinggi oleh seluruh rakyat
Malaysia.
|
5
|
merangkul
|
memenangi, menggondol
Pemain badminton negara berjaya merangkul
beberapa pingat emas dalam kejohanan itu.
|
6
|
jangkaan
|
apa-apa yang dijangka, dugaan,
sangkaan
Keputusannya untuk meninggalkan
tempat ini memang di luar jangkaan kami.
|
7
|
membanggakan
|
memegahkan, berbangga kerana
Kejayaan abang menamatkan
pelajaran di Universiti Stamford memang membanggakan kami.
|
8
|
menyumbang
|
memberikan bantuan, sorok, dan
lain-lain
Jutawan itu tidak kedekut
langsung, dia banyak menyumbang kepada kebajikan.
|
9
|
beregu
|
Berpasangan (dalam
satu pasukan)
Pasangan beregu badminton negara telah berjaya
menjadi johan.
|
10
|
mengulas
|
Memberi komentar, mengupas, memberi tafsiran
Profesor Kang diajak
untuk mengulas perkembangan
ekonomi dunia kami.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)